Sunday, 20 April 2014

Pertandingan Mencipta T-Shirt Untuk Majlis Kahwin

Assalamualaikum...

Harini kami ada menganjurkan pertandingan mencipta t-shirt untuk majlis perkahwinan.Ada orang panggil t-shirt kendarat atau pun t-shirt penanggah.T-shirt ni biasanya diberi kepada orang yang menolong angkat hidangan atau yang bekerja gotong royong untuk kenduri kahwin.Jadi kami nak menganjurkan pertandingan mencipta t-shirt ni pada mereka yang kreatif.

Poster pertandingan mencipta design t-shirt oleh No Limit Prints
Sebelum korang menyertai pertandingan ni korang kenalah like dulu page kami. Dah like tu email kepada kami untuk beritahu nama korang dan kami akan hantar borang penyertaan.Kat sini saya tulis semula syarat penyertaan pertandingan ni

1) Untuk menyertai, Like page kami No Limit Printing Services
2) Dah like, email kami di nolimitprints@gmail.com untuk pendaftaran dan kami akan hantar borang penyertaan.
3) Korang dah boleh mula buat artwork, bila artwork dah siap hantar semula kepada kami borang penyertaan yang dah lengkap diisi beserta dengan artwork korang kepada kami di nolimitprints@gmail.com.Artwork tu tak kisah korang nak letak gambar kartun ke bunga ke atau hanya tulisan tetapi mestilah wajib mengandungi NAMA PENGANTIN & PASANGAN (jika pengantin lebih dari satu pasangan pun boleh) dan TARIKH MAJLIS PERKAHWINAN (boleh letak kedua2 tarikh masihi dan hijrah).
4) Kami akan check artwork dan letak di page kami untuk anda mula mengumpul likes.Bila kami letak je artwork korang kat page,kami akan tag korang dan korang bolehlah start kumpul likes.Jadi lagi cepat korang hantar artwork,lagi cepat kami letak kat page,lagi cepat dan panjang lah masa korang untuk kumpul likes.
5) Printing pada tshirt tu mestilah pada depan dada tshirt.Maknanya bila korang pakai tshirt tu artwork korang berada kt dada depan.Saiz printing ni ialah saiz A4.
6) Warna ink hanya satu warna sahaja dibenarkan.Samada hitam ATAU putih ATAU biru ATAU hijau ATAU pink ATAU ungu ATAU oren ATAU kuning ATAU merah.
7) Warna t-shirt plak ada banyak.Korang pilih lah warna yang korang suka.Jadi korang bolehlah pilih warna t-shirt mengikut tema majlis.Untuk warna t-shirt ni boleh rujuk gambar di bawah.
Pilihan warna t-shirt yang boleh korang pilih
8) Tak semestinya bakal pengantin je yang boleh menyertai pertandingan ni.Kalau korang ada kawan atau sedara mara yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan pastu korang berhasrat nak buat surprise boleh juga.Amat dialu-alukan.
9) Tak kisah korang nak buat artwork korang menggunakan Photoshop ke, AI ke mahupun Paint sekalipun.Yang penting email kan artwork korang kepada kami dalam format JPEG.
10) Artwork korang mestilah bebas dari sebarang watermark atau yang seangkatan dengannya.Kalau ada,artwork korang akan kami reject tanpa sebarang notis.
11) Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ni bolehlah PM kami di facebook.
12) Jika syarat yang terdapat pada gambar di atas terdapat kekeliruan dengan syarat di blog ni,maka syarat di blog ni akan digunapakai.Kami juga berhak meminda syarat ni jika kami rasakan perlu tanpa sebarang notis.
13) Korang boleh start hantar artwork bermula hari ini hingga 14/05/2014 selewat-lewatnya pukul 11.59 malam.Artwork akan disiarkan untuk mengumpul like sebaik sahaja kami approve artwork korang hingga 30/05/2014 (Like terakhir diambil kira adalah pada pukul 11.59 malam)
14) Pemenang akan dinilai berdasarkan likes terbanyak untuk arwork korang.Dan pemenang akan diumum pada 01/06/2014 di page No Limit Printing Services dan di blog ini.Selepas pengumuman pemenang,sebarang bantahan tidak akan dilayan.Pemenang juga akan dihubungi melalui telefon.
15) Hadiah akan diagihkan kepada pemenang pada 16/06/2014.
16) Hadiah untuk pengumpul likes terbanyak ialah 10 helai t-shirt dengan printing design yang dimenangi bernilai RM160.Pengumpul likes kedua terbanyak akan mendapat 7 helai t-shirt dengan printing design yang dimenangi bernilai RM115.Dan pengumpul likes ketiga terbanyak akan mendapat 5 helai t-shirt dengan printing design yang dimenangi bernilai RM85.Pemenang akan mendapat t-shirt dan warna printing mengikut pilihan mereka ketika menghantar borang penyertaan dan tidak boleh ditukar.Namun sekiranya pihak kami kehabisan stok t-shirt seperti warna yang dipilih kami berhak menukar warna t-shirt tersebut atas persetujuan pemenang.Hadiah TIDAK BOLEH ditukar dengan wang ringgit.
17) Artwork yang telah dihantar kepada kami akan menjadi hak milik No Limit Prints dan kami berhak menggunakan artwork tersebut tanpa meminta izin tuan punya artwork.
18) Dengan menyertai pertandingan ini,peserta adalah telah bersetuju mematuhi terma dan syarat yang telah kami tetapkan.

No Limit Prints
Pertandingan cipta design t-shirt majlis perkahwinan
Tel/sms/Whatsapp: 010-7632267 @ 019-9084549

No comments:

Post a Comment